Archive for October, 2011
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
1. Sejak tahun1960 hingga 2011 berapakah jumlah murid (enrolment) di sekolah-sekolah Tamil serta peratusan peningkatan murid untuk tempoh tersebut?
2. berapa banyak sekolah tamil baru di tubuh atau di bina sejak tahun1960 hingga sekarang ?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :-
1. Apakah kriteria akedemik untuk didaftar masuk di IPTA selain dari STPM.?
2. Adakah kelulusan ‘A’ Levels diterima sebagai kriteria untuk memasuki IPTA.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-
Berapa dan apakah perjanjian – perjanjian antarabangsa (treaties) yang Malaysai telah memasuki setakat ini.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
1. Apakah jumlah peratus pekerja kerajaan (civil service) mengikut Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban & lain-lain kesemua jawatan.?
2. Apakah jumlah dan peratus perkerja kerajaan dari kategori Jusa C dan keatas untuk keenam – enam gologan kaum diatas?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA menyatakan :-
1.Adakah kerajaan amalkan system kuota (quota) untuk membawa pekerja asing ke Malaysia iaitu sebuah majikan boleh membawa dua pekerja asing untuk setiap pekerja tempatan.?
2. Demi kepentingan pekerja tempatan, bolehkah kerajaan memastikan bahawa pembawaan pekerja asing mestilah bersyarat gaji asas bulanan pekerja asing itu di sesuatu sektor tidak kurang daripada gaji minima pekerja tempatan dan tidak kurang dari tahap kemiskinan.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
Murid – murid yang gagal peperiksaaan UPSR di darjah Enam diwajibkan hadir kelas peralihan (remove class) untuk satu tahun. Bolehkah kelas peralihan ini dimansuhkan dan murid-murid terlibat dibenarkan terus pergi ke tingkatan satu?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :-
Baru-baru ini Malaysia sekali lagi menjadi pusat perdaganagan (trafficking Hub) untuk haiwan dan kehidupan liar yang terancang (endangered species) termasuk penyeludupan gading gajah dari Afrika ke Cina melalui Malaysia. Apakah langkah atau tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah ini.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
Sekali lagi pada musim perayaan negara kita telah mencatat kemalangan jalanraya yang amat tinggi walaupun terdapat OPS Sikap yang nampaknya gagal untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Adakah ini disebabkan pada dasarnya ramai pemandu – pemandu kita tidak sebenarnya layak untuk memegang lesen memandu.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
1. Apakah status cadangan skim asas perlindungan kecederaaan dan kematian bagi pihak ketiga oleh Bank Negara Malaysia dan Majlis Peguam Malaysia.?
2. Adakah kerajaan setuju untuk meminda Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) untuk mengambil kira dan meningkatkan kesedaran kecederaan dan kematian.?
TUAN YB MANOGARAN (Ahli Parlimen Teluk intan) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
Perlantikan Ketua Hakin Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Malaya baru-baru ini merupakan tidak mengambil kira lain-lain hakim yang lebih kanan (Senior) dan lebih berkelayakan. Apakah kriteria yang digunakan untuk ketiga-tiga jawatan tersebut itu.?








